Bengkel Analisa Keperluan Kursus (TNA) Pusat Pengajian Pengurusan Landskap I-KPKT
Bengkel Landskap ini merupakan kursus penutup bagi tahun 2014. Ia telah diadakan pada 17 hingga 21 November iaitu selama 5 hari 4 malam di I-KPKT.
Peserta bengkel ini pula merupakan wakil dari PBT seluruh Malaysia iaitu seramai 22 orang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membuat semakan dan penambahbaikan ke atas modul kursus, mendapatkan pandangan, cadangan input dari pihak berkepentingan (Stake holder) mengenai perancangan dan perlaksanaan kursus Pusat Pengajian Pengurusan Landskap. Kami juga telah menjemput Penceramah dan Fasilitator yang berpegalaman dalam bidang tersebut bagi menyediakan draf cadangan penambahbaikan modul kursus pengurusan landskap untuk digunapakai bagi tahun 2015. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan bengkel ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kursus Teknikal Landskap Modul 3 : Arborikultur
Tamat sudah kesemua modul kursus di bawah pusat pengajian pengurusan landskap untuk tahun 2014... Kursus Arborikultur merupakan kursus yang terakhir dari 16 modul yang diadakan. Kursus ini telah disertai seramai 42 peserta dari seluruh Malaysia mewakili PBT di setiap negeri. Pihak I-KPKT berharap semua peserta dapat memahami dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang kursus dalam kerja seharian mereka. Pihak I-KPKT telah menjemput penceramah yang pakar dalam bidang tersebut iaitu Dr Amat Ramsa Bin Yaman dan Encik Rosslan Bin Yaacob yang merupakan Arborist Bertauliah. Pihak kami juga menjemput Profesor Dr Ahmad Said Bin Sajap dari UPM dan Dr Noriah dari UITM. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini...
...................................................................................................................................................................
KURSUS TEKNIKAL LANDSKAP MODUL 2: PENILAIAN TAHAP RISIKO POKOK AMENITI
Alhamdulillah maka berakhirlah sudah Kursus Teknikal Landskap Modul 2: Penilaian Tahap Risiko Pokok Ameniti yang mana telah berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober di I-KPKT. Kursus ini telah dihadiri oleh 35 orang yang merupakan wakil dari PBT di seluruh Malaysia. Kami juga telah menjemput dua orang yang berpengalaman dalam bidang ini iaitu Dr. Amat Ramsa Bin Yaman dan Encik Rosslan Bin Yaacob sebagai penceramah kursus supaya objektif kursus iaitu melatih peserta mengenai kaedah menilai kerosakan dan tahap risiko pokok ameniti secara visual (Visual Tree Assessment) tercapai. Bagi melengkapkan kursus ini, kami juga telah mengadakan lawatan ke Taman Rimba Templer bagi latihan amali untuk peserta.
Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat.....
========================================================================
Kursus Teknikal Landskap Modul 1 : Proses Reka Bentuk Landskap
Pada 26 September 2014 yang lalu, Pihak I-KPKT telah mengadakan kursus Teknikal Landskap Modul 1 : Proses Reka Bentuk Landskap yang telah dihadiri seramai 28 orang peserta.Kursus ini berlangsung selama 5 hari yang melibatkan wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia.Pihak I-KPKT telah menjemput beberapa orang penceramah yang berpengalaman dalam tajuk berkenaan dari Jabatan Landskap Negara.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai proses reka bentuk peringkat perancangan, pra reka bentuk dan pelaksanaan reka bentuk.
KURSUS PENGURUSAN LANDSKAP MODUL 6: PENGURUSAN DI TAPAK BINA YANG EFEKTIF
Kursus ini telah berlangsung pada 09 hingga 12 September 2014 yang merupakan kursus anjuran I-KPKT. Kami juga telah menjemput dua orang penceramah iaitu Sr Ruzali Bin Hussain dari JKR dan Encik Saiful Adili Bin Jaafar dari JKKP Negeri Pahang. Manakala peserta-peserta kursus pula merupakan wakil dari PBT seluruh malaysia iaitu seramai 27 orang. Objektif kursus kami adalah supaya peserta mengetahui dan memahami serta dapat menjalankan pengurusan dan pemantauan tapak bina yang berkesan, untuk itu kami telah mengadakan lawatan ke JKR Raub untuk taklimat dan lawatan tapak kami pula Masjid Cheroh yang masih lagi dalam tempoh pembinaan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kursus ini........
--------------------------------------------------------------------------
KURSUS MASTER GARDENER MODUL 7 : PEMBAJAAN POKOK AMENITI
Kursus ini telah berlangsung pada 2 hingga 5 september 2014 di I-KPKT yang melibatkan 39 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh malaysia.Pihak I-KPKT telah menjemput penceramah dari Institut Pertanian Serdang yang berpengalaman dalam pembajaan pokok ameniti iaitu encik Hassin Bin Mohamad bagi berkongsi pengalaman beliau. Semua aturcara kursus berjalan lancar dengan kerjasama dari pihak peserta kursus. Dan untuk makluman, ini adalah modul terakhir dalam siri Master Gardener untuk tahun ini.
..........................................................................
KURSUS PENGURUSAN LANDSKAP MODUL 5:
PERANCANGAN REKA BENTUK LANDSKAP UNTUK TAMAN AWAM, LANDSKAP PERBANDARAN DAN PERSEKITARAN KEHIDUPAN
Pada 19 Ogos 2014 telah berlangsungnya kursus 'Perancangan Reka Bentuk Untuk Taman Awam, Landskap Perbandaran Dan Persekitaran Kehidupan' yang merupakan kursus anjuran I-KPKT. Kursus ini telah dihadiri oleh wakil dari PBT seluruh malaysia iaitu seramai 28 orang. Pihak I-KPKT telah menjemput penceramah dari Jabatan Landskap Negara iaitu Puan Irdazulfa Binti Ithnin, Encik Mohd Saifuddin Bin Ali, Encik Mohd Salleh Bin Mahmood, Encik Azrel Bin Ismail dan Encik Adnan Bin Baharuddin untuk mengajar selama 4 hari kursus ini berlangsung. Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah dalam kursus ini sampai ke objektif kursus kami iaitu melatih peserta tentang perancangan reka bentuk yang memenuhi keperluan dan piawai landskap taman awam, landskap perbandaran dan persekitaran kehidupan. Pihak I-KPKT ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Sekian.......
KURSUS MASTER GARDENER MODUL 6 : PENYELENGGARAAN MESIN DAN PERALATAN LANDSKAP
Kursus ini berlangsung selama 4 hari yang melibatkan wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia.Pihak I-KPKT telah menjemput 4 orang penceramah yang berpengalaman dalam tajuk berkenaan iaitu Encik Muhd Zaidani Bin Muhd Ab Latib, Encik Redzun Bin Yahaya dan Encik Md Hafizan Bin Yahya dari Jabatan Pertanian Malaysia dan Encik Saifuladili Bin Jaafar dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Negeri Pahang.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara yang betul mengenai kaedah mengurus dan menyelenggara jentera, mesin dan peralatan landskap disamping penekanan dalam aspek keselamatan semasa bekerja.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kursus Pengurusan Landskap Modul 4:
Manual Pelan Induk Landskap
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih peserta kaedah aplikasi Manual Pelan Induk Landskap (MPIL) dalam perancangan pembangunan. Ia diadakan selama 4 hari 3 malam di I-KPKT bermula 10 hingga 13 Jun 2014. Kursus ini juga telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seramai 33 orang dan merupakan peserta wanita teramai dalam tempoh kami mengadakan kursus pengurusan landskap ini. Kami juga telah menjemput penceramah dari Jabatan Landskap Negara (JLN) iaitu Encik Moahzam Bin Asari, Puan Mahaya Binti Mansor dan juga Puan Afza Binti Said. Lawatan tapak kami pula diadakan di sekitar bandar Temerloh, turut terlibat sama Pegawai Bahagian Landskap dari Majlis Perbandaran Temerloh iaitu Encik Mohd Yusri Bin Othman dan Puan Noor Izwana Binti Ab Khalid. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kursus Manual Pelan Induk Landskap ini..........
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS MASTER GARDENER MODUL 4 : PEMANGKASAN POKOK AMENITI
Kursus ini telah berlangsung pada 19 hingga 23 Mei 2014 di I-KPKT selama 5 hari 4 malam.Kursus telah di hadiri seramai 41 orang peserta yang mewakili PBT di seluruh Malaysia. Kursus ini juga telah mencatatkan kehadiran peserta yang paling ramai setakat ini. Objektif kursus ini adalah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran para peserta mengenai kaedah pemangkasan pokok ameniti yang betul.Pihak I-KPKT telah menjemput tenaga pengajar yang bertauliah iaitu Dr. Haji Amat Ramsa Bin Yaman, Encik Rosslan Bin Yaacob dan En Abu Hussin Bin Haji Sulaiman dari JKKP Negeri Pahang.
...................................................................................................................................................................
KURSUS MASTER GARDENER MODUL 2 & 3 (SIRI 2) : KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK POKOK AMENITI
Kursus ini adalah lanjutan bagi kursus kawalan penyakit dan perosak pokok ameniti siri 1 yang diadakan pada 18 Mac 2014 yang lalu.Kursus ini menggunakan modul pembelajaran yang sama dengan siri sebelumnya tetapi melibatkan peserta yang berbeza dan lokasi lawatan tapaknya juga berbeza iaitu di Institut Pertanian Serdang.Pihak I-KPKT juga menjemput penceramah yang sama iaitu Encik Mohd Sanusi Bin Mohd Kasim, Encik Saiffulbahri Bin Abd Mutalib dan Mohd Nazri Bin Mohd Joha dari Jabatan Pertanian Malaysia untuk memberi penerangan mengenai kursus ini..
*********************************************************************************
BROSUR KURSUS MASTER GARDENER MODUL 5: MEMANJAT POKOK AMENITI
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya pada 24 hingga 28 Mac 2014 bertempat di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Jumlah Peserta Kursus Seramai 33 Orang Yang Terdiri Daripada Wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Diseluruh Malaysia. Kami Telah Menjemput Penceramah Dan Fasilitator Dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang iaitu Encik Mohd Amidun Bin Abdul Taib Sebagai Penceramah. Manakala Fasilitatornya Terdiri Daripada Encik Azmi Bin Muhamed, Encik Hafizan Bin Hamzah, Encik Nowawi Bin Bakar, Encik Wan Mohd Amir Asyraf Bin Wan Abdul Rani, Encik Rasli Bin Abd Latif dan Encik Kamaruddin Bin Yin.
Tujuan Kursus Ini Diadakan Untuk Melatih Peserta Secara Teori Dan Amali Kaedah Memanjat Pokok Ameniti Yang Betul Untuk Kerja Penyelenggaraan Dan Pengurusan Pokok Ameniti.
**********************************************************************************************************************************
BROSUR KURSUS PENGURUSAN LANDSKAP MODUL 3: PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BADAN AIR
Alhamdullilah berakhirlah sudah Kursus Pengurusan Dan Penyelenggaraan Badan Air yang dihadiri oleh wakil dari PBT Diseluruh Malaysia iaitu seramai 40 orang. Terima Kasih Kepada semua peserta yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan kursus ini. Ucapan Sekalung Penghargaan buat penceramah kita Encik Hassin Bin Mohd dari Jabatan Pertanian kerana telah mengajar dan memberi ilmu buat peserta kursus untuk dimanfaatkan ketika mereka bekerja nanti. Di sini juga kami ingin memaklumkan bahawa tujuan kursus ini diadakan adalah kerana ingin melatih peserta secara teori dan amali kaedah mengurus dan menyelenggara badan air dalam landskap PBT, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. Diharap tujuan kami tercapai kepada semua peserta yang menghadirinya. Sekian....
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KURSUS MASTER GARDENER MODUL 2 & 3 (SIRI 1) : KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK POKOK AMENITI
Kursus ini diadakan pada 18 hingga 21 Mac 2014 yang lalu.Ia melibatkan peserta dari serata Malaysia yang mewakili PBT masing-masing.Kursus ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta dan belangsung dengan jayanya.Pihak I-KPKT telah menjemput tenaga pengajar dari Jabatan Pertanian Malaysia iaitu Encik Mohd Sanusi Bin Mohd Kasim, Encik Saiffulbahri Bin Abd Mutalib dan Encik Mohd Nazri Bin Mohd Joha yang pakar dalam bidang penyakit pokok dan kawalanya.
Tujuan kursus ini diadakan bagi melatih peserta mengenalpasti tanda serangan penyakit, punca penyakit terhadap pokok ameniti dan kaedah kawalanya. Peserta juga di bawa ke Taman Botani Negara untuk lawatan bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka secara amali dan praktikal pula.
Disini juga pihak I-KPKT ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kursus ini. Sekian Terima Kasih....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BROSUR KURSUS PENGURUSAN LANDSKAP MODUL 2:
PENGURUSAN ASET HIDUP
Tujuan Kursus Ini Diadakan Adalah Untuk Memberi Pendedahan Dan Kefahaman Tentang Pengurusan Aset Hidup Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2008 Yang Mana Merupakan Anjuran I-KPKT.
Kursus Ini Diadakan Pada 11 Hingga 14 Mac 2014 iaitu selama 4 Hari 3 Malam Yang Dihadiri Oleh 26 Orang Peserta Yang Merupakan Wakil-Wakil PBT Seluruh Malaysia. Penceramahnya Pula Ialah Encik Muhamad Sohimi Bin Harun Dari MOF.
Kami Juga Telah Mengadakan Lawatan Tapak Di Taman Awam Bentong Bagi Memberi Pendedahan Kepada Peserta Tentang Pengurusan Aset Hidup.
}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}
BROSUR KURSUS PENGURUSAN LANDSKAP MODUL 1: PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN TAMAN
Kursus Pengurusan Dan Penyelenggaraan Taman ini telah lama berakhir iaitu pada 24 hingga 27 Februari 2014 dan merupakan anjuran I-KPKT, ia telah dihadiri oleh wakil PBT seluruh Malaysia seramai 27 orang peserta.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih peserta secara teori dan amali mengenai pengurusan dan penyelenggaraan taman terutamanya taman awam dalam kawasan PBT / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun.
Kami juga telah menjemput dua orang penceramah yang sudi mengajar iaitu Encik YM Raja Saiful Rizal Bin Raja Jaafar dari Jabatan Landskap Negara dan Encik Yusri Bin Othman dari Majlis Perbandaran Temerloh.
Selain daripada peserta menghadiri kuliah, kami juga telah membuat lawatan tapak di Taman Botani Perdana bagi memberi peluang kepada peserta untuk lebih memahami kursus yang kami anjurkan ini.
Justeru itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjadikan kursus berjalan dengan jayanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
BROSUR KURSUS MASTER GARDENER MODUL 1 : PENANAMAN DAN PENYELENGGARAAN POKOK AMENITI
Pada 18 Februari 2014 yang lalu, Pihak I-KPKT telah mengadakan kursus Master Gardener Modul 1 : Penanaman Dan Penyelenggaraan Pokok Ameniti yang telah dihadiri seramai 28 orang peserta.Kursus ini berlangsung selama 4 hari yang melibatkan wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia.Pihak I-KPKT telah menjemput dua orang penceramah yang berpengalaman dalam tajuk berkenaan iaitu Encik Adli Salihin Bin Samsudin dari Jabatan Pertanian Malaysia dan Encik Mohd Yusri Bin Othman dari Majlis Perbandaran Temerloh.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepda para peserta cara yang betul mengenai kaedah penanaman dan penyelenggaraan pokok ameniti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment